Review Penerbangan Malaysia Airlines Business Class KL ke Auckland Airbus A330-200

401,023
0
Published 2020-09-25
Jom kita buat review penerbangan untuk Malaysia Airlines. Ini kali kedua terbang bersama Malaysia Airlines Business Class dengan sela masa 14 tahun. Dulu penerbangan ke London dan kini ke Auckland menggunakan pesawat jenis Airbus A330-200. Special touch dalam Business Class tak banyak berubah walaupun di ekonomi agak kurang mesra. Sebenarnya, 3 bulan sebelum penerbangan ini aku dah separuh jalan buat review tentang Malaysia Airlines kelas ekonomi. Tapi half way aku berhenti, kerana aku takut jika aku jujur, ia akan melukakan airlines ini. Jika aku sanjung, seolah menipu diri. Ada pengalaman kurang baik yang aku rasa biar aku simpan. Kali ini, aku sampaikan pengalaman aku dengan MH133 Business Class.

Subscribe dan ikuti channel ini untuk aku kongsikan lebih banyak pengalaman travel aku dan team Rarecation di sini.

All Comments (21)
  • Im a malaysia airlines flight stewardess. Tengah terbaring di hospital sambil tengok video ni lepas rindu tengok2 kwn2 sy tengah kerja.. menitis air mata dengar ucapan brother ni sbb lagi sebulan contract saya akn habis. Doakan saya mendapat rezeki yg lebih baik
  • @M.A.M-
    MAS tetap di hati. Semoga MAS mampu bangkit kembali dengan lebih gah dan gemilang. Sebagai Malaysian, MAS hospitality yang buat MAS selalu pilihan utama saya.
  • @shaharun2979
    Tetiba bergenang air mata. Perasaan jadi sebak bila memikirkan keadaan Malaysia Airlines yg jadi kebanggaan rakyat Msia. Saya dari umur 15 tahun dah terbang bersama MAS atas urusan menziarahi keluarga. Moscow, Bangkok, London, German, Indonesia. Semuanya dgn MAS. MAS memang terbaikk. Tiada yg boleh menggantikan MAS. Malaysia Airlines tetap dihati kami.
  • Betul tu bro...sewaktu aku duduk d Dubai setiap x perasaan rindu Tanahair... aku akan ke airport Dubai semata2 untuk melihat kapalterbang tanahair ku MAS bg melepaskn rindu.....
  • @rindu99
    Malaysia Airlines tetap di hati, dr mula ke Auckland NZ pd tahun 90an , kemudian ke USA sambung belajar dan seterusnya kerja sana - pulang balik ke negara ini memang x de airline lain yang berjaya menawan hati kecuali layanan dan kemesraan staff Malaysia Airlines yang terkesan di hati dan sanubari... semoga MH terus maju dan akan bangkit semula selepas pandemik ini berakhir pd 1 masa nanti.
  • @subanghavoc8874
    Nicely done bro. I’m as MAS pilot really appreciate your review and video. Last minit tu menitis gak air mata. Job well done.
  • @heymanis4693
    Pernah naik MAS dari Bintulu, duduk seat belakang stewardess masukkan banyak kacang dalam beg kita. Dekat 1 bundle bawak balik haha.
  • @AziziAAzmin
    Great content. Sangat menyentuh hati wehh esp last part.. Last time saya naik MAS kul-akl pada feb 2019. satu family sebab migrate "sementara" ke NZ.. sekarang masih menetap di NZ.. tapi next year dah nak balik malaysia.. dalam keadaan gawat/krisis/pandemik sekarang, xtaula MAS akan masih wujud utk bawa kami sekeluarga pulang ke Malaysia lagi ke x.. rindu nak dengar ayat keramat pilot MAS bila landing kat Msia.... "Kepada para pelancong, selamat datang ke Malaysia, dan kepada WARGANEGARA, SELAMAT PULANG KE TANAHAIR".. sentiasa kuor air mata everytime dgr tu.. iskkk
  • @hshshsvsifs8144
    Sejak early retirement ni..rasa rindu lak dgn bunyi enjin aircraft..rindu time loading kat pesawat.. suasana short transit..huru hara kat galley.. everything..24yrs kat aviation industry since SZB to KUL.
  • @bilahanim89
    MAS ni memang favourite airline. Dari dulu sampai sekarang. Hospitality sangat terbaik banding dengan airline merah 🤭🤭🤭. Yang penting dorang sangat mesra dengan kanak² dan warga emas.
  • @braderbest3740
    Tabik / salute kepada para cabin crew MAS yang amat profesional dan mesra. Mereka adalah aset syarikat yang tidak ada galang gantinya. Dan sekiranya ada gantian, MAS akan pastikan mereka adalah daripada kalangan yang terbaik. Kita sebagai penumpang MAS perlu peka kepada keadaan sekeliling Serta Bertimbang Rasa juga kepada mereka juga. Mereka sangat profesional di dalam bidang mereka, dan di pihak kita pula, just sit back and enjoy our flight. Tak perlu nak banyak songeh atau kerek dgn mereka. korang belum tengok dorang lipat lepat lagi. heran pulak penumpang yg banyak songeh tapi beli teket ekonomi, tak pulak beli teket business class. lagi heran bila penumpang yang banyak songeh kt business class,nak layan mcm raja2 tapi tak pulak reti2 nak beli teket dr sykt penerbangan timur tengah (yg rata2nya biasa2 jer).
  • @arifsyukri1699
    Ya Allah sedih bila part last cerita pasal kewangan Malaysia Airlines. Saya memang nak support MAS cuma sekarang masih lagi begelar mahasiswa, tiket untuk pulang ke universiti pun masih parent yang tanggung. Jadi untuk tidak membebankan mereka, terpaksalah pilih yang lebih murah. Apa2 pun saya janji bila mana sudah bekerja, akan menggunakan MAS setiap kali perjalanan InsyaAllah
  • @itawan76
    Saya pernah naik MAS ke tanahair dari Tokyo....masa tu kami terlambat dan ada hanya less 10 minit untuk terbang, mereka tetap sehabis mungkin assist kami sampai naik kapal terbang sebab kami sekeluarga seramai 13 orang. Ground staff bersama2 lari sambil tolong pegang segala yang ada di tangan kami supaya dapat lari sekuat hati ke boarding area..airport tokyo pulak punya la jauh untuk sampai ke boarding area, akhirnya kami dpt masuk ke kapal walau masing2 muka macam dah hijau..terima kasih staff MAS sebab menjaga kami. Bila dah di kapal terbang pulak layanan memang tiptop tak boleh tengok kami macam ada pertanyaan sikit terus datang assist. Memang jauh beza dengan airline everybody can fly tu dari segi layanan. Kalau saya berkemampuan mmg MAS pilihan hati untuk terbang sentiasa...
  • Saya orang indonesia juga pernah naik MAS dari jakarta ke kuala lumpur dan pelayanan yang diberikan MAS memang the best. Bagi saya memang bila maskapai plat merah seperti MAS dan Garuda indonesia sangat nyaman👍
  • @18qaqa
    Malaysia airlines always the best hospitality. Saya pernah nk pergi londan tapi flight full so they offer to change my flight to night flight but I choose the next day. Then they paid me the ticket fare,tinggal kat hotel sama2 for a night with 3 meals dekat hotel and upgrade to business class. Memang the best memory ever sampai sekarang i still choose MAS walaupun naik economy pun still the best service so far.jgn ckp la kalu business class nmpk kita celik mata mlm2 pun mcm2 dorg nk offer teh tarik la,ice cream la..walau macam mana pun MAS is always the 1st choice for me to travel.
  • @anonymous-uq3fv
    Im a ex crew Malaysia airlines 2004-2009.tetiba sayu n rindu my past ..such a good content.yg last2 tu x tahan.so touching.keep up the good content.
  • @ashraffendy2010
    Tetap support MAS dari dulu sehinggalah sekarang. Servis yang tak pernah mengecewakan bagi saya. Harap MAS akan bounce back, better than before. We used to be the best! 😌
  • Saya sangat berbangga dan sayang kan Malaysia Airlines.. walaupun penerbangan saya bersama Malaysia airlines didalam negara selama 3 tahun berkhidmat di Sabah . Serasa Malaysia airlines adalah satu syarikat elit dan eksklusif . Kenangan terakhir kali sebelum bertugas semula ke semenanjung . Saya dapat upgrade tiket ke Business Class kerana keadaan saya yang sarat mengandung 9bulan seorang diri dalam flight.. krew menjaga kebajikan saya dalam flight dengan begitu baik dan saya terharu.. terima kasih MAS . MAS tetap yg pertama di hati saya .....
  • @itsDejebe
    I am Indonesian, tapi my hearth got shaken heard the sound of words how pak cik bangga dengan MAS😭
  • @nadias1626
    Berulang alik Brunei msia sejak umur 14tahun semasa tingal d perantauan, harapan semoga MAS kmbali pulih dan cemerlang!