10 SENIWATI KLASIK PALING JELITA

650,752
0
Published 2022-06-03
Zaman kegemilangan filem klasik Melayu dikatakan bermula sekitar tahun 1930 an sehingga 1960 an melalui peranan yang cukup besar oleh Malay Film Productions dan Cathay-Keris Film Production.

Daripada kegemilangan filem klasik melayu, lahirlah seniwati yang bukan sahaja berbakat besar dalam lakonan, tarian dan nyanyian, malah kejelitaan asli mereka turut dikagumi. Tanpa bantuan rawatan kecantikan yang canggih, produk kosmetik yang pelbagai, teknik solekan, filter atau program suntingan gambar atau dipanggil photo editor, seniwati yang bakal Kak Ponti TV senaraikan dibawah, kejelitaan asli mereka tetap sempurna di mata peminat dan juga didalam gambar.

Selamat datang ke channel Kak Ponti TV. Hari ini Kak Ponti TV akan menyenaraikan 10 Seniwati Klasik Paling Jelita di era 50-an sehingga 60-an. Sebelum anda terus menonton video ini, jangan lupa untuk subscribe dan tekan butang loceng untuk lebih banyak lagi video yang menarik.

All Comments (21)
  • Ohh...Dato Sarimah masih tetap cantik dan jelita smpai skrng...kecantikan nya luar biasa...tidak pkai makeup.pun dia tetap cantik
  • Alhamdulillah mereka semua cantik2 anugerah kecantikan dn bakat semula jadi terserlah dlm lakunan mereka. Anugerah Allah pd hamba2 dlm berbagai cara. Berkat lakunan mereka kita semua dpt menontun Filem2 Melayu dlm era kegemilangan Filem2 Melayu. Skrng tiada lagi filem Melayu hanya menontun drama2 Melayu diTV.. Alhamdulillah. Bakat terserlah seniwati2 Melayu dahulu tidak dilupankan..
  • @haniruzbayu4269
    Paling best dgr cerita Dato Maria Menado.. Tragis jg.. Alhamdulillah semua cantik2.. Dato sarimah sehingga skrg still gorgeous
  • @amararif7479
    1. Latifah Omar (manis,lembut,jernih..ada vibes TokTi) 2. Zaiton ( Classy Classic beauty) 2. Sarimah (International beauty) Dari kaca mata saya☺️
  • @azataddine
    Saya rasa sangat bertuah dan bersyukur dapat bertemu dan berbual dengan 9 dari 10 seniwati tercantik dalam senarai cuma seniwati Saadiah saja yg tk berpeluang berjumpa.Saya sempat mengenali seniwati Mariani selama 12 tahun dan sempat berkongsi pengalaman suka duka hidup sebagai artis .Di hari kematiannya saya sempat menziarahi dan melihat jenazahnya dan menghadiri pengebumiannya di pusara Ampang..Al Fatihah utk semua almarhumah seniwati2 yang telah meninggal dunia.Semoga Allah merahmati roh mereka
  • Seniwati Roseyatimah...tidak tersenarai ke....Dia juga hebat lakonan nya...dan dia sengat cantik Paling best filem yg dia lakon kan..filem cempaka biru😘
  • Tengok video2 lama ni teringat arwah nenek aku,sebab dulu selalu layan cerita2 ni dengan arwah. Even mase last2 nenek sihat sebelum die sakit strok tu sempat aku tengok masam2 manis dengan die. Terbayang2 lagi gelak & senyum arwah mase tu sambil pegang mangkuk berisi buang mangga yang aku dah siap potong...selang berape hari lepas tu arwah kena strok.
  • Latifah Omar seniwati paling cantik dan sngt indah di pandang dari semua segi... Dia merupakan artis yg paling menawan hati sy di setiap lalonan dia apatah lagi film bawang merah bawang putih 👍👍 dato' Siti ada iras dia juga 👍👍 Fans from Indonesian 🇮🇩🇮🇩
  • @joharitalib781
    Baguslah Kak Ponti, ado anak tak....Pontianak. Tapi paling jelita Kak Tipah Omar, Kak Maria, Kak Sarimah , Kak Rahmah, Kak Ton.....cantik asli
  • @runwiththeqase
    Orang dulu2 walau masih belasan tahun, muka matang sungguh.
  • @mayrie8766
    Kat mata saya, Zaiton cantik, muka classic Dan sederhana. I don’t know why tp tgk muka dia nmpak tenang je.. maybe ini la yg org ckp sedap mata memandang 😍
  • @Tulip-1234
    Pada pendapat saya seniwati yang paling cantik . 1. Sarimah 2. Latifaf Omar 3. Umi Kalsom 4. Saadiah
  • Pernah berjumpa dgn Seniwati Latifah Omar pertengahan 2000an yg lalu.Cntik orangnya walau dh berusia.
  • @fuzzfadel6141
    Luar Biasa!!! Pada saya Seniwati Mak Eton (Zaiton) Nombor One!!!❤❤❤
  • Kalau wajah jelita keMelayuan, tentu sekali LATIFAH OMAR tempat pertama. Sehingga jika bercakap filem Melayu, pelakon wanita pujaan ramai memang Latifah Omar manakala pelakon lelaki, Nordin Ahmad. Sarimah, amat cantik tapi bukannya wajah Melayu sepenuhnya. Latifah Omar: wajahnya ayu, matanya manja, bibirnya penuh, senyumnya manis, suaranya... merdu, santun dan lafaz wanita Melayu ayu jelita. Gerak tubuhnya, rasi wajah dan suara.
  • @ishaksaid8647
    seniwati2 ini menjadi idola sewaktu zaman kanak2 dgn lakonan yg sgt mengkagumkan. Semoga filem2 mereka terus dikenang dan mendapat perhatian dari generasi muda masa kini. Mereka yg telah kembali ke Rahmatullah didoakan semoga roh mereka dicucuri rahmat. Alfatihah...🤲
  • Jarang nampak kejelitaan asli wanita Melayu di zaman ini. Terima kasih kerana berkongsi kompilasi wanita Melayu paling cantik dalam dunia perfileman Melayu.