SYJ - Ini Nasib Kita 2018 (Live)

220,015
0
Published 2018-01-18
Persembahan kumpulan SYJ dengan lagu popular SYJ berjudul Ini Nasib Kita di Malaysia Hari Ini, MHI TV3

All Comments (21)
  • @tanwiranwar1315
    Abg alang,tak sangka dia seorang penyanyi legenda.ingatkan dia seorang yg biasa2,setiap hari aku dan dia isikan waktu azan disurau.
  • @wongjowo882
    Dah tua tua semua tapii suara dan music masihh macamm original waktu rekaman..best rockers malaysiaaaa...layann browww dari.kami indonesiaaa
  • @TM-eq4jr
    Sofea ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang berasal dari Ipoh, Perak. Kumpulan ini ditubuhkan pada tahun 1983 dengan menggelar kumpulan mereka sebagai SYJ sempena nama pengurus mereka Syed Yusuf Jamalulail. Nama mereka ditukar kepada Sofea selepas lahir album Battle of The Band (1986). Sofea Kulit album pertama kumpulan Sofea Latar belakangBerasal dari MalaysiaGenreHeavy metal Hard rock BaladaTahun aktif1983 hingga 1990 Syarikat rakaman WarnadaBekas ahliNahar Amir Fancy Man Rani Zan(Alang) Zam Eduat Atanka Kumpulan Sofea sering-kali mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik yang panas seperti dalam lagu "Hati Syaitan", "Orang Timur" (Battle Of The Bands 1), "Mata Sepet" (Battle Of The Bands 2), "Anak Liar" (1987) dan banyak lagi.[1]Selain itu mereka juga mencetuskan kontroversi dengan imej 'Motley Crue' dan 'Kiss' mereka. SejarahSunting Band SYJ asalnya dari kumpulan `Ex-December' yang juga ditubuhkan oleh Syed Yusof Jamalulail (pada ketika itu beliau merupakan anggota polis trafik di Ipoh). Ia ditukar ke nama `SYJ' pada tahun 1978. Anggota asal `SYJ' tahun 1978 terdiri daripada Halim (gitar dan keyboard), Man Gemok (bass), Pak Su Nor (drum - kemudian diganti dengan Din Urko) dan Hamidi (Flute). Penyanyi wanitanya Rohana Kassim. SOFEA pada mulanya ditubuhkan oleh Allahyarham Syed Yusuf Jamalulail atau dikenali sebagai "pak syed" dengan nama SYJ pada tahun 1983 di Kampung Manjoi Ipoh,Perak. Sewaktu itu SYJ hanya bermain di rumah-rumah kenduri kahwin sahaja. Ketika itu, Amir bukan vokalis asal SYJ’86,dia diambil ketika sesi ujibakat vokalis untuk kumpulan ini. Amir menyertai SYJ pada tahun 1985. Sewaktu itu rumah Pak Syed sahaja yang mempunyai studio jamming. Penyanyi asal SYJ Azmi Mansor atau pun nama samarannya Rod yang telah pun berundur diri dari SYJ. Pada tahun 1986, SYJ’86 telah menyertai pertandingan Battle of the Bands yang dianjurkan oleh Ali Bakar. Ketika itu,pengurus kumpulan SYJ ialah Syed Yusuf Jamalulail. Selepas itu, mereka turut disertakan dalam album Battle Of The Bands 1 & 2 dengan lagu Hati Syaitan & Orang timur (BOTB 1),manakala lagu Mata Sepet & Teruskan untuk BOTB 2. Selepas album ini dikeluarkan, Syed Yusuf Jamalulail tidak lagi menguruskan kumpulan ini kerana sering mencetuskan kontroversi dengan lirik-lirik lagu yang 'panas' seperti Hati Syaitan,Orang Timur & Mata Sepet dan kerana tiba masanya untuk Amir dan Man Rani menggalas tanggunjawab sebagai "pengurus". Selain itu,mereka juga mencetuskan kontroversi dengan imej kumpulan rock dari barat seperti ‘Motley Crue’ dan ‘Kiss’. Lantaran itu mereka menukar nama kumpulan SYJ kepada SOFEA. Idea nama SOFEA merupakan idea daripada Man Rani sempena nama kekasihnya pada masa itu iaitu Julia Sofea. Nama ini muncul ketika kumpulan SYJ ini sedang van menuju ke salah satu tempat persembahan mereka. Dan tugas pengurus kumpulan juga telah diambil alih oleh Man Rani (bassist & 2nd vocal). Pada tahun 1987, mereka keluar dengan album pertama mereka berjudul KEMBALI. Album ini mengandungi 10 lagu dan diterbitkan oleh Warnada Sdn. Bhd. Album ini turut menggunakan pemuzik luar (sessionist) yakni Raymond Lim. Ketika itu,barisan anggota Sofea telah bertukar di posisi drum iaitu Nahar telah menggantikan Eduat kerana beliau terlibat dengan beberapa masalah kesihatan.Sebelum ini Nahar pernah bermain secara sambilan untuk SYJ,maka selepas pengunduran Eduat, mereka terus menghubungi Nahar untuk menyertai SOFEA. Pada tahun 1988, SOFEA telah mengeluarkan album yg ke-2 berjudul ANAK LIAR.Album ini merupakan titik mercu kejayaan SOFEA apabila memenangi beberapa anugerah seperti platinum gold disc,kulit album terbaik,sound system yang baik dan sebagainya. Barisan anggota SOFEA sekali lagi bertukar iaitu Fancy telah mengambil posisi bermain gitar menggantikan Zam. Album ini juga menyaksikan Man Rani telah menyumbangkan suaranya dengan menyanyikan lagu-lagu berentak slow rock iaitu Bunga Padang Pasir & Suratan Perpisahan yang merupakan lagu "berhantu" lantas digilai oleh rocker-rocker wanita pada masa itu.Dan saat itulah Man Rani digelar "Man glamour" oleh Mama Juwie. Pada Tahun 1989, Nahar sekali lagi berkhidmat sebagai pemain drum & Fancy masih juga kekal di posisi gitaris untuk album ke-3 iaitu BONEKA PENTAS. Di dalam album ini kebanyakan lagu dicipta oleh anggota SOFEA sendiri. Lagu Syurga Di Hujung Jarum menampilkan Amir dengan Man rani bergabung suara sebagai penyanyi.Kali ini konsep serta imej sofea bertukar sama sekali oleh kerana permintaan syarikat rakaman.Lagu "Bungaku Kerinduan" merupakan lagu yang paling menyentuh hati kerana lagu ini ditujukan kepada isteri pertama Man Rani bernama Norbi binti Ahmad.Hasil perkahwinan beliau dkurniakan seorang anak lelaki bernama Muhammad Amin Bin Othman Rani. Umur beliau 22 tahun.Menetap di Buntung Perak bersama opahnya. Pada tahun 1990 sekali lagi, SOFEA telah melancarkan album mereka yang terakhir berjudul MIMPI & AIR MATA. Ketika ini,Amir selaku vokalis telah menarik diri dari terus menerbitkan album ini kerana mempunyai masalah antara ahli-ahli SOFEA. Album BONEKA PENTAS merupakan titik mula kejatuhan SYJ SOFEA ini kerana album ini rata-rata ahlinya tidak lagi mempunyai minat untuk meneruskan perjuangan SOFEA terutama Man Rani.Oleh kerana ingin "menampakkan" arwah Eduat bersama SOFEA maka akurlah mereka untuk menerbitkan album ini walaupun mereka tahu yang album ini tidak akan membuahkan hasil. Kekosongan posisi Amir diambil oleh Zan(Alang). Manakala Eduat telah pun kembali dengam mengambil semula posisi drummer yang ditinggalkannya ketika dulu daripada Nahar. Atanka pula menggantikan kekosongan posisi gitaris yang ditinggalkan oleh Fancy kerana beliau menubuhkan kumpulan LEON. Kini, salah sorang anggota SYJ86@SOFEA telah meninggal dunia iaitu Eduat atau Syed Noor Eduat bin Syed Yusuf Jamalulail pada 11 Oktober 2006. Al-Fatihah Pada 2011, kumpulan Sofea turut bermain sebagai pembuka tirai semasa persembahan kumpulan Loudness dari Jepun.
  • @queriocity
    sekali dengar ada iras2 xpdc liriknya..rupanya ditulis oleh arwah JS Kevin. Semoga ALLAH tempatkan beliau dalam kalangan hambaNYA yang dirahmati..amin
  • Bagi aku ni la band paling best skali yg buat live di mhi... vokal dan muzik memang mantap..
  • @mohdhisham5193
    Ini nasib kita..lagu terbaik dalam koleksi sya..sebab ada alunan keyboard yg sedap..petikan gitar pun meremang..ketukan drum pun sedap dgar...memang ternyata lagu best ddgar...sya ada album syj 90 ni...
  • Wlaupon line up asal sofea/syj dah brpcah. Yg pnting nma band syj ni ttap di ingati pminat2 di tanah air kita.
  • @robertmetal7126
    bila otai rock nyanyi,10000kali dengar pun tak akan jemu,berbanding lagu zaman sekarang,nak dengar sampai habis pun rasa terpaksa....
  • @zafancy9706
    Terbaik abg man suria solo gitar...gua support SYJ👍👍👍
  • @aryanarfan446
    SYJ90... Lineup masa tu Vokal - Allang, Gitar - Amir, Bass - Addy, Drum - Junn, masa Album "Khudrat", SYJ@SOFEA lineup Man Rani dah Tukar Jadi SOFEA masa ni..
  • @azmiahamat2225
    Dengar lagu2 zaman rock kapak membuatku muda kembali hahaha...
  • @nzazixsung5343
    Tinggal.kenangan..di.zaman Era.rock.bermula.dlm.memori.tak.dapat ku lupa kan.suka.duka.di.zaman.rock.era.80-90.han.👍
  • @saifulrizal5746
    Spttnya dlm izo kna join syj ni sb beliau prnah buat album ngn syj kudrat...lgu ni mmng sdap...lgu zmn kta bjang...
  • ini yg patut ade di mhi,band rockes buat show.. bknnye nabila cumi cumi hakktuii tuh kiwak betol.
  • @K7R5
    Sedap lagu nie walaupun first time dengar..arangement music mantap. suara penyanyi pun terbaik. Otai mmg berbisa
  • @raeyspring221
    alang terbaik👍🏼👍🏼👍🏼 suara maintain