(1956) TUNKU ABDUL RAHMAN PUTRA AL-HAJ | Dari London ke Singapura, Melaka dan Kuala Lumpur

Published 2023-08-29
Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj diputerakan pada 8 Februari 1903 di Alor Star, Kedah. Tunku merupakan putera ke-20 kepada Sultan Abdul Hamid Halimshah, Sultan Kedah yang ke-24 dan isteri beliau iaitu bonda kepada Tunku Abdul Rahman bernama Nearng atau lebih dikenali sebagai Makche Menjalara. Bonda yang dicintai itu adalah seorang keturunan Thai anak kepada Luang Nara Borirak (Kleb), keturunan Chao Phya Maha Kota, Ketua Negeri Mataban dalam jajahan Siam di Shan Utara Thailand.

Ini bermakna Tunku dilahirkan di istana sepertimana beberapa tokoh UMNO yang lain. Tunku tinggal di Istana Kota Lama yang dikenali sebagai ‘Istana Tiga Tangga’. Nama timangan Tunku ialah ‘Awang’ yang disebabkan kulitnya yang hitam manis akibat bermain panas manakala Ayahandanya memanggil beliau dengan nama ‘Putra’. Beliau Putera Raja yang mempunyai adik beradik yang ramai dan kaum kerabat yang besar jumlahnya, tetapi tidak dalam lingkungan yang akan mewarisi takhta kerajaan negeri. Tuhan telah menentukannya menjadi menjadi pemimpin rakyat seluruh negara. Pemerintahannya itu tidak berdasarkan warisan tetapi atas pemilihan rakyat.

===================
Kredit Video:
Perbadanan Filem Nasional Malaysia
YouTube@FINASMalaysiaMy

===================
Kredit Muzik:
Putting Up A Fight - Instrumental Music
Composer: Whitesand (Martynas Lau)
Year: 2023

Join My Discord Community: discord.gg/upRwBdz
Support making these tracks: www.patreon.com/Whitesand
Listen to my music on Spotify: goo.gl/hh7Fwo
Facebook: www.facebook.com/martynlaur

✪ Subscribe for more Music: goo.gl/au5GJK
Join My Discord Community: discord.gg/upRwBdz
◉ Instagram: goo.gl/JN3LUb (@martynas_lau)

#sulalatussalatin #tunkuabdulrahman #merdeka

All Comments (21)
  • @daffa9488
    Sukarno menentang penubuhan Malaysia bukan sbb benci rakyat Malaysia, tapi sbb takut Malaysia akan jadi puppet state British yg pengaruhnya boleh sampai ke Indonesia, dan juga kerana Tunku batal ikut penubuhan Maphilindo. Sekian
  • @UMall-mi7xo
    Tanpa tunku tiada malaya masa itu jadi Ingat lah jasa nya walau pun tunku tiada selama ini agar ia di tempat kan orang orang yang beriman amin
  • @zulhnh
    Al-Fatihah untuk Bapa Kemerdekaan .. MERDEKA! MERDEKA! MERDEKA1
  • @najmikrisnawan189
    Ya Allah...mengalir air mata ini. Rasa cinta pula pada Tunku (not Tunku's political affiliation but tunku himself) . sangat besar jasa TunKu.
  • @pecintakpop89
    Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj Ibni Almarhum Sultan Abdul Hamid Halim Shah Al Fatihah 🤲
  • @lord_pumpkin5194
    selamat menyambut hari kemerdekaan ke 66...semoga Malaysia terus maju jaya
  • @suarimi590
    Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia ke 66 ❤❤❤❤❤
  • @MDZR2283
    sukarno iri hati penubuhan Malaysia bawak sampai ke anak cucu dia iri hati.Syukur Alhamdulillah Malaysia dipimpin oleh seorang yg bijak dan sederhana yakni Tunku Abdul Rahman Putra Al Haj.Ingat setiap negara punya cara merdeka berbeza kita merdeka dgn cara yg paling bijak dgn menjaga nyawa seperti dianjurkan agama Islam tanpa merdeka terburu buru akhirnya rakyat sengsara dan mengambil masa yg lama utk keluar dari cengkaman komunis.Alhamdulillah Negara dipimpin oleh orang Melayu berketurunan Raja oenuh santun dan tidak kurang ajar.saat diinjak dan dikutuk sebagai anak british,Tunku tetap cool dan metusun strategi sampai kita keluar dari kofrantasi dgn aman.Long Live Malaysia!
  • @ElHassan555
    Tunku Abdul Rahman dan Tuan ku Abd Rahman satu kebetulan yg amat unik dalam sejarah Malaysia, seorang perdana menteri pertama dan agong yg pertama. Al Fatihah untuk kedua dua almarhum
  • @suarimi590
    WOW 😲😲😲 menakjubkan sekali masyallah hebatnya terbaik untuk semua terima kasih ❤❤❤❤❤
  • @suarimi590
    AL Fatihah buat semua arwah yang pergi buat selamanya Aamiin ya Rabbal Alamin dipermudahkan segala nya terbaik untuk semua terima kasih ❤❤❤❤❤
  • @HAhmad-kw2hy
    Amin, Merdeka Malaysia 🇲🇾, Ya Allah Berkatilah Malaysia selamanya Amin 🤲
  • @a.rahman2236
    Inna lillahi wainna ilaihi rooji'un Daulat Tuanku Daulat Tuanku Daulat Tuanku
  • @ierin11
    Al-fatihah utk semua Allahyarham Pemimpin & Wira Negara...moga Allah Taala mencucuri rahmat ke atas ruh mereka..🤲🤲