Laksa Tepung Gandum Masak Guna Kayu Api, Resepi Asli Orang Kuala Kangsar

140,293
0
Published 2023-02-27
Pada episod kali ini, kami kunjungi gerai Laksa yang terkenal di Kuala Kangsar! Mereka masih mempertahankan resepi asli laksa tepung gandum tanpa pengawet dan kuahnya dibuat secara tradisional menggunakan dapur kayu api. Ini menjadikan gerai Laksa Lubuk Dapur Kayu Api unik dan disukai ramai. Jika berkunjung ke Kuala Kangsar anda wajib mencuba laksa gandum di laksa lubuk
dapur kayu.

📍 Lokasi » KPW Kubang Panjang, Kampung Paya, Kuala Kangsar, Perak

⏰ Waktu Operasi » Buka setiap hari kecuali hari Selasa pada jam 10am - 7pm

☎️ Nombor Telefon » 05-776 8875

Bermula pada tahun 2017, Destinasi TV melihat budaya kulinari dan darmawisata sebagai pintu kepada sejarah, tradisi dan evolusi masyarakat tempatan.

Destinasi TV menghasilkan siri video digital yang menghiburkan, mendidik dan berkualiti tinggi untuk tayangan umum secara percuma di platform seperti Youtube, Facebook, Instagram, IFlix dan Dim Sum.

Destinasi TV terkenal dengan siri video digital seperti “Mat Salleh Cari Makan”, “Kembara Ramadan Rhys”, “Pilihan Terbaik”, “Sembang Bros”, “The Nasi Lemak Show”, dan “Trek Artisan”.

All Comments (21)
  • Bagus la pemilik kedai ni, Puan Aini...cakap lembut..tutur kata teratur dan jelas....syabas, semoga terus maju jaya...
  • @saifulazlin
    hebat! laksa tepung gandum kuah agak cair ni memang terkenal di kuala kangsar. ada beberapa tempat yang sering saya pergi dan memang betul, kena dengan kombinasi nya. setiap menu laksa di negara kita ni ada keunikannya. saya tertarik dengan penerangan Puan Aini - selain beliau sendiri yang begitu merendah diri, beliau akui laksa nya dibuat segar untuk hari semasa sahaja, bukan untuk simpanan esok lusa kerana laksa dibuat tanpa sebarang pengawet. semoga perniagaan terus maju.
  • Laksa kuala ni kuah dia mmg ceroi, tapi sekali dh kena mmg rasa mcm kt alam lain dh 😂 sedapp ohhh
  • @norasid6146
    Alhamdulillah..seronok dengar Puan Nur Ain bercerita menjelaskan tentang cara pembuatan laksa tepung gandum. Lembut suaranya dan redup tenang wajahnya, ikhlas berkongsi Ilmu turun temurun dari Ibunda beliau. Sedapnya, suka makan laksa yg kuahnya dari ikan parang, ikan tenggiri dn ikan temenung. Pernah makan laksa tepung gandum di Perlis dan selepas menonton video ni, boleh lh mencuba laksa tepung gandum di Kuala Kangsar. Terima kasih Destinasi TV..perkongsian yg sangat menarik dn menjemput selera saya sebagai penggemar laksa..👍👍
  • @faramd526
    alhamdulillah..nampak laksa simple tp menarik..tgk tauke kedai, soft spoken & lembut..In Sha Allah sekiranya ade rezeki ke perak, teman pasti singgah..
  • @MrMoufyiedarz
    Sape tak pernah rasa tu, kalau lalu highway PLUS ke utara tu, keluar la exit Kuala Kangsar kejap pegi rasa. Pastu satu lagi exit, Slim River, cari Roti Kayu Api Mokhtar
  • 👍👍👍syabas Destinasi TV....nii yg bgus tjuk kt Malaysia ade yg buat laksa fresh cmni...n laksa pun mcm2 jenis dr lain negeri n daerah ...cara tuan kedai cerita pun seronok dgr mcm dgn kwn2...😄
  • @NurQaseh1306
    Suka dengar penjelasan akak ni..lembut, jelas dan teratur je..lgsg x berebut².. Nampak mcm sedap laksa dia..terutama ternmpk ABC tdi tu..😋👍🏻..Semoga perniagaan keluarga akak ni terus maju dan success..
  • @matpit1911
    laksa lubok ni antara yg femes kt kuala ni, dlm bnyk ii laksa awok pilih ini juge. sbb nye tak leh nk kabo ape, semua bende buat sendiri. kuoh nye pun tak lari rsenye, dari dulu awok makan same je rsenye. deme beno tak uboh resepi nye dari zaman cik ma pgg lg. tapi kome jangan haruih le dtg waktu cuti, rame meno. kalau nak merase bio datang awei. nnti tak dpt huhu
  • @salfhi2022
    Kalau kuale ni awok biase pegi laksa pak ngah je
  • @rahimahra7871
    Seronok tngok cara pembuatan tu, pusing2, blh senaman jg, bdn jd sihat
  • @i_ARMA
    Alhamdulillah tahniah Intan...smga terus sukses jenama laksa Kak Ma hingga peringkat antarabngsa...dr rumah atok Haji Dolah(dekat surau ujung tanjong) jalan kaki je kedai Kak Ma
  • Sungguh sedap kalau Bulan puasa kat Ipoh akak Cari kat bazar Ramadhan Medan gopeng
  • susah nak jumpa kedai bertahan macam dema ni..teman pindah ke lubok tu umor 10 tahun (1992) kedey udah top......