🔴 RAHSIA BETING BERAS BASAH | PERAK

Published 2021-05-20
Beting Beras Basah merupakan satu sejarah besar bagi Kesultanan Perak yang sehingga menjadi istiadat penting dalam pertabalan setiap Sultan Perak sejak Sultan pertama lagi.

Sudah ditakdirkan kawasan Beting Beras Basah menjadi satu tempat yang keramat bagi mendapatkan daulat bagi setiap sultan Perak yang ditabalkan.

Apakah sebenarnya rahsia di kawasan tersebut dan apakah peristiwa penting tersebut yang berlaku bermula Sultan Perak yang pertama.

Insyaallah saya dan pn.Ita akan merungkai misteri dan rahsia Beting Beras Basah yang menjadi bualan dalam masyarakat sehingga kini.

Nantikan penerangan video pada hari ini.

Sumber: sultan.perak.gov.my, asalusulorangmelayu.wordpress.com, Google (Internet) dan batin.
_________________________

✅ "JOIN" ahli member Explorasi Misteri Mistik:
youtube.com/channel/UC-irsU-HfJZEeNhmlzbn1sA/join
__________________________

#ExplorasiMisteriMistik #BetingBerasBasah

All Comments (21)
  • @bbb-fe2ii
    Minta maaf ye tuan. Datuk saya n beberapa raja lain dari sumatera dtg ke beting beras basah kerana mengikut kata ayah saya keluarga diraja sumatera dibunuh beramai2 n ade raja2 yg dpt melepaskan diri n lari kemana yg boleh. N setengah menukar marga . Datuk n ayah saya berjaya mendarat dgn beberapa bahtera pahlawan di beting beras basah ni. Sesetengah yg tuan cerita ade betulnye tetapi bukan anak raja tu sorang yg sampai. Mereka sampai berturut2 n mereka sepakat utk memerintah perak secara bergilir2 ( tu dulu) mereka juga membawa cokmor mereka masing2. Datuk saya dibuatkan istana diatas bukit di tapah besar skg n istana tersebut tidak menggunakan paku. ( skg rasanye dah x ade bukit tu kot. Saya x boleh cerita habis sebab cerita kami ada disingkapkan oleh Datok Badlidhah satu masa dulu n saya juga ade menceritakan sedikit sebanyak nama nenekanda saya yg memang panjang namanye .saya x mampu nak cite lagi sebab sebak n kami x ade kuasa selepas kebanyakan raja yg tujuh ni meninggal dunia...malah mohor n alat kelengkapan sebagai tanda raja berkuasa yg datuk turunkan ke ayah n ayah turunkan ke abg saya yg tua pun hanya tinggal 3 bilah keris n satu x tahu cop (bukan mohor sebab mohor datuk saya telah menaman n x tahu dimana ) beberapa tahun lepas saya n abg2 pernah bertemu secara sekilas dgn ayahanda datuk memang tampan lagak seorg sultan tinggi kemerahan merahan kulit. Saya kenali beliau selepas bertanya kepada abg2 n kakak2 yg pernah melihat.. Skg kami hidup mcm org biasa. Saya sendiri pun dah menetap dinegara asing n kot saya lupakan lah nanti...hemm saya ingat nak balik utk melihat tempat2 ni satu hari nanti. x ape lebihkan zikir utk bertemu Allah. Ustad Datuk Badlishah pun ade berkata biarlah yg lepas tu utk kenangan . Semuga aruah2 mereka diampuni diberkatan Allah. Kita doakan bersama aaminni
  • @matsilau2632
    "Sekongkong Tanah Minangkabau, Selilit Pulau Perca, Di lengkong ULAR SAKTIMUNA, Perpisahan Beta Di Selat Melaka, Jika Sah Beta Raja berdaulat Lepaslah sekalian malapetaka."
  • Kenangan bulan Ogos 2013 Malam Jumaat saya asal Sabah bersama 2 rakan asal Bgn Datoh pergi ke Betin Beras Basah utk melihat lebih dekat sesampai ke sana mmg tenang suasana sepi...setelah melihat kedudukan Betin Beras Basah dari jarak jauh kitaorng berpatah balik singah ke pondok Panca Pesada d blkg nya ada satu perigi sesampai ke sana saya menjenguk ke dalam perigi tetiba keluar haruman SERAI sdgkn d dlm keliatan hnya air berwarna kemerahan...haruman SERAI semakin kuat tapi tak lama beransur hilang..kesimpulan saya Kesultanan Perak DR berdaulat berdasarkn haruman tersebut...AL FATIHAH
  • @citajiwa1026
    Pandangan pribadi.. sy suka penafian jujur ini. Ia boleh selamatkan ustaz dari tindakan undang2. Terbaek ustaz
  • @wanfitri7787
    Minit 12.56 adalah almarhum raja Hj Ariffin [raja chik muda pawang diraja] alfatihah [dibaca] buat atok sy.
  • @syawaladam1611
    Semasa mangkat sultan azlan shah tgok puteri2 perak turun dari kereta cantik2 semua. Putera2 pun hensem2
  • @tamfedexyahoo
    Saya suka cara penerangan tuan dalam video. Tak laju dan tak perlahan. Rilek, santai dan tenang. Mengingatkan saya dengan cara orang2 tua dulu bercerita, penuh hati2 dan hikmah. Semoga tuan kekal dengan cara penyampaian ini kerana cara dan style penceritaan ini adalah identiti dalam content tuan. 💙
  • Ketika sy kecik sekitar 80an selalu mandi sungai,kebetulan rumah org tua sy dekat benar dgn sungai perak hanya beberapa langkah je manjat ban sikit tiap2 tahun la nengok bahtera sultan Idris ketika itu mudik menghala ke beting ni la..ban bermaksud mcm benteng..dulu tahun 70 an ada banjir besar melanda semenanjung Malaysia.
  • @VivoVivo-lp4xq
    Makam Tok Temong..terletak dikuala Kangsar berhampiran dgn sungai.. Dh lama tk Ziarah.. Al-fatihah
  • @aminmanan8709
    Terbaik dari Ustaz dengan rukaian kisah silam kesultanan negeri Perak..
  • Saya selalu berdoa agar yang maha esa memberi saya pengatahuan tentang keghaiban supaya saya dapat mengetahui maksud yang tersurat dan tersirat..saya benar2 ingin mencari jati diri nya saya sebagai seorang melayu.
  • Minit 2.04 dpn siket sampai rumah pusaka..sekarang dah bg org sewa..kat beting beras basah ade istana bunian..kampung sg.ular
  • Terima kasih ustaz... teringat pada onyang saya..tok panjang ada berkait dgn BBB semoga Allah merahmati tok panjang😎👍🇲🇾
  • @matkenangan
    Adakah peristiwa baginda melemparkan mahkota ke laut tersebut adalah penyebab, mengapa sultan² di tanah melayu/malaysia tidak lg memakai mahkota sehingga kini? (sebaliknya mahkota diganti dgn tanjak)
  • Semasa hari raya beberape tahun lepas..ank2 bunian dtg beraya kat rumah..bebudak ni bg salam..akak saye jwb salam pastu suruh masuk..dorang cakap dah masuk dah..tapi xde bebudak ni kat ruang tamu rumah..mase arwah ayah meninggal kat rumah tu..arwah mak ade cakap..dia sampai ade yang x kenal dtg ziarah rumah mase ayah meninggal kat rumah tu..
  • Dah lama tak pergi ke betis beras basah,, kalau blk kmpg di sungai dulang,, selalu singah sana,, pasal nk mancing dkt jeti bangan datok hehe,, apa2 pon tmpt nya memang keramat.
  • terima kasih ustaz atas penjelasan ini. alhamdulillah akhirnya terrungkai kisah beras beting basah ini. saya suka pegi ke sini. kalo boleh ustaz tolong rungkaikan kisah tok temong. saya ingin mengkaji tentang tok temong
  • Assalamualaikum. Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam terus memberi input maklumat info yang sgt bermakna.. Cuma sy berharap penyampaian lisan tuan lebih bersemangat lebih baik lebih lancar.... Amiin
  • @manakama
    Alhamdulillah... sentiasa menanti kisah2 yg seterusnya 👍