Siti Nurhaliza - Purnama Merindu(Lirik Video)

3,190,353
7
Published 2023-07-31
Siti Nurhaliza - Purnama Merindu(Lirik Video)

Adiwarna merupakan album studio keempat Siti Nurhaliza yang dilancarkan pada 29 Jun 1998. Adiwarna merupakan album pertama Siti yang berjaya merangkul anguerah "Album Terbaik" di Anugerah Industri Muzik. Album ini juga memuatkan beberapa single yang cukup sinonim dengan nama Siti Nurhaliza, iaitu, “Diari Hatimu”, "Purnama Merindu" dan "Satu Cinta Dua Jiwa". Album ini telah terjual melebihi 100,000 unit.

Lagu "Satu Cinta Dua Jiwa" juga telah dialih bahasa kepada bahasa Inggeris dengan judul "We'll Be As One". Lagu ini telah dihantar untuk menyertai Pertandingan Nyanyian Antarabangsa Pasifik Selatan di Australia. Dengan hanya menghantar kaset demo, lagu ini berjaya menggondol dua anugerah.

Biarpun album terdahulunya mempunyai alunan muzik pop tulen, untuk album Adiwarna Siti Nurhaliza bersama mentornya Adnan Abu Hassan mula bereksperimen dengan mengadun muzik pop dengan balada untuk hasil terbaik dimana Adnan mencipta dua lagu dalam album ini “Gelora Asmara” dan “Tak Rela Berpisah Dari Mu”.

Pasangan suami isteri yang juga komposer dan penulis lirik terkenal, LY dan Baiduri yang sebelum ini bekerja dengan Siti menerusi lagu "Aku Cinta Padamu" dalam album kedua Siti, menyumbangkan dua lagu – "Sendiri" dan “Demi Kasih Sayang”.

Rakaman album Adiwarna dimulakan pada Oktober 1997 semasa Siti dalam proses terakhir menyiapkan album Cindai dan ia siap sepenuhnya pada Mei 1998.

Dalam satu temuramah dengan Utusan Malaysia pada 20 Jun 1998, Siti berkata beliau memilih Adiwarna sebagai judul album solo keempatnya menjelaskan stilah tersebut cukup untuk menggambarkan segala kecantikan dan keindahan dalam bidang seni suara yang mahu ditampilkan. Selain itu Adiwarna bagi Siti juga merupakan kepelbagaian kesenian dalam sesebuah album sepertimana yang cuba ditampilkan kali ini.

Menurutnya: “Ini bukan album asli tetapi album pop biasa, cuma judulnya sahaja yang agak klasik dan kemelayuan,". Dengan pemilihan istilah berunsur kemelayuan sebagai judul album, Siti berpeluang untuk kembali mempopularkan banyak perkataan lama yang semakin dilupakan.

All Comments (21)
  • @dewialisah1831
    Aku merindu pada orang yang Sudi merinduku, Allahuma sholli Alaa sayyidina Muhammad 😢
  • @akhdanazzaky5973
    indah dirasa waktu berkasih di kala itu memory Batam thn 99. di masa SMP merasakan cinta di temani lagu2 spin dn lagu malaysia lain nya 😊❤.. indah nya masa itu
  • @user-nz7wu3rd9v
    Serasa tenang mendengar lagu ini dan semua pikiran yang bikin sakit hati pun luluh mendengar lagu ini
  • Hanya Tuhan yg tau rinduku pada dirimu. Aku terhempas dan terbuang😢😢
  • @mylittlebaby30
    Ha ha ha ha Bermaknakah tipa baris kata kata Ataukah hanya di bibir saja Bersungguhkan rindu yang engkau pamirkan Ataukan sekadar lakonan Rindu Telah melekat dalam hatiku Walau awan lalu Rinduku tak berubah arah Purnama mengambang cuma berteman Bintang berkelipan dan juga awan Siapa tahu rindu yang mencengkam Di hatiku Aku meminta pada yang ada Aku merindu pada yang kasih Aku merayu padamu yang sudi Merinduku ho Ha ha Ha ha Oh rindu Telah melekat dalam hatiku Walau awan lalu Rinduku tak berubah arah Purnama mengambang cuma berteman Bintang berkelipan dan juga awan Siapa tahu rindu yang mencengkam Di hatiku Aku meminta pada yang ada Aku merindu pada yang kasih Aku merayu padamu yang sudi Merinduku Tinggallah mengapa damai memandang (ha) Bila embun purnama tinggal puranama Tinggallah aku Sendirian Bertemankan malam sepi Aku meminta pada yang ada Ho aku merindu pada yang kasih Aku merayu Padamu yang sudi memujuk Aku meminta (pada yang ada) Aku merindu (pada yang kasih) Aku merayu (padamu yang sudi) Merinduku Hiaskanlah cinta di jaris manisku Sinarkan bagai gemerlap kencana Tandakanlah kasih di mercu kalbu Serikanlah purnama yang merindu 😀👍❤️
  • @Loyyloyyoa
    lgu nye sngt best,,mmag sngt sngt trbaik lh...
  • @AsrafAlfian
    Lagu tuk. Tii memang ves & suara Tuk Tii pawe giler saya mmeng suka lagu Tuk Tii
  • @user-iy3ep7nk9x
    Semoggah lancar dlm berdagang nya bos ku Dan sukses selaluh Amin